Friday, February 13, 2009

JEJAK KASIH 1 : KASIHNYA IBU

Ali dan Ita sedang memandu GoCart Gambar in semasa bercuti di Melaka.
Itulah dunia kadang-kadang kita dapat bersama, kadang-kadang kita terpaksa berpisah. Begitulah juga kita adik beradik dan saudara. Walaupaun masa dan jarak memisahkan kita tetapi "jauh di mata, dekat dihati".Sentiasa doa-mendoakan antara satu sama lain.Walau di mana kita pergi orang tersayang sentiasa di dalam ingatan. Untuk itu perkerti yang mulia harus dijaga, usaha yang sungguh dijadikan inspirasi doa yang murni sentisa dilafaz. Kebergantungan kepada Allah sentiasa.

Ali bersama kumpulan nyasid menghiburkan tetamu
Bakat yang terpendam jangan dipersesia-siakan selagi tidak bertentangan dengan hukum.Hiburkan hati apabila berjauhan, sentiasa berbuat baik sesama manusia dan binatang. Jangan menginaya dan berhasad dengki yang membawa kerosakan. Jangan menyombong diri.Rakan dan taulan dan jiran itulah sahabat kita semasa berjauhan.

Ali bersama kumpulannya. apa nama x tahu.
Carilah kawan yang boleh sama ketawa sewaktu senang dan menangis diwaktu susah. Jangan lah cari yang boleh ketawa sahaja dan meninggalkan kita diwaktu susah. Usaha dan ikhtiar adalah jalan kearah kejayaan. tanpa usaha yang gigih hanyalah khayalan.
Saat perjumpan semula setelah 40 hari terpisah tanpa berita.
Tiada kata, tiada tawa....hanya air mata gembira.
Hanya kepada Allah kita berserah dan tempat kita meminta pertolongan, setelah kita berusaha sedaya upaya. Jangan leka.Masa tidak menunggu kita.
Ali yang lebih segak setelah 40 hari orientasai.
Sentiasalah menjaga kesihatan tubuh, tubuh yang sihat mudah untuk belajar dan beribadah. Gunakan lah masa itu "Masa itu Emas" janganlah leka dan terpedaya dengan keseronakan. Jangan ajar badan jadi malas. Sentiasa gunakan akal dan fikiran buat pertimbangan. Tidak ada sesaiapa yang boleh menolong kita untuk berjaya melainkan diri sendiri.
Ali termenung memikirkan apakah langkah aku seterusnya.
Keberkatan ilmu yang dituntut mestilah menjadi pegangan. Walau dimana kita berada, sentiasa lah kita berwaspada dengan godaan syaitan yang selalu membawa kita kepada kehancuran. jadikan Menuntut itu jadi kutamaan.
Kasihnya ibu membawa ke Syurga, Kasihnya ayah bekorban nyawa.
Ibubapa hanya dapat mendoakan dan merancangkan tetapi Perancangan diri sendiri adalah yang lebih terbilang. Ibubapa tiada apa yang boleh dibekalkan, wang ringgit hanya sekadar. Diri sendiri perlu beringat. Harapan ibubapa hanya lah agar anaknya dapat mengharungi kehidupan dengan gemilang dan berjaya didunia dan akhirat.
Akhir kata:
KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
KALAU ADA JARUM YANG PATAH
JANGAN DISIMPAN DIDALAM PETI
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
JANGAN DISIMPAN DIDALAM HATI
PULAU PANDAN JAUH KETENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

.............................. Sekian coretanku...15 Februari 2009.....................
'Kehidupan Di Dunia Ini Hanya Sementara......

No comments:

Post a Comment