Tuesday, June 21, 2011

Ichah Dapat Maktab

Asrama ichah

Oooi! mak datok...



Hadiah dari abah kerana dapat masuk IPG lain

tak de ini je yg. mampu






E Wah! E Wah! EEE Wah!






Dah lame tak tulis blog...entah mengapa tak tau..Dulu amat bersemangat ...tu lah bila difikir-fikirkan salah satu sikap orang melayu ni tak istiqamah di dalam membuat sesuatu. Kejap tengelam sekejap timbul. Seperti bangsa Cina mereka lebih mempraktikan sunnah nabi...isiqamah ape yg dibuat...kalu bukak kedai motor dia tunggu juga walau pun pelanggan belum ramai...kalu belajar mereka belajar sungguh-sungguh...kalu berniaga mereka berniaga bersungguh-sungguh....kalu sembahayang (cara dia lah) mereka sembahayang bersungguh-sungguh. kita dapat perhatikan kita belum bangun subuh mereka dah sembahayang sembah tok pekong mereka....kita yg. ngaku muslim ni masih berselimut.


Bab jaga kesihatan pukul 5 pagi mereka dah berjoging dan bertaichi...muslim masih berselimut..kalu belajar mereka akan memenuhi library...inilah yg. menyebabkan mereka kedepan. Kalu ditakdirkan berlaku peperangan kaum orang melayu akan kalah sebab.."Tidur awal Bangun lambat" Cina pulak "Tidur Lewat Bangun Awal" Jadi aku nasihatkan diri sendiri dan kepada anak-anak beristiqamah didalam berbuat sesuatu...bak kata perpatah "Gengam bara api Biar sampai Jadi arang".



Pengalaman harian di dalam membuat bisnes dodol..pukul 5 aku dah boleh dapat santan dikedai India atau cina dan mulakan operasi lepas subuh lk 6.00pagi, jadi sebelum P kerja dodol dah boleh dimasak. Kalu melayu pukul 7 pagi. Konon kata nak sembahayang subuh sebenonya bukan kerana sembahayang tetapi kerana sifat.


Oh ya abah ucapkan tahniah kepada Ichah yg. telah dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang Ijazah Perguruan di Institut Guru.



Abah beritahu bukan senang nak dapat peluang begini.. seperti diberitahu oleh pengarah IPGRM tu ..permohonan untuk guru ni adalah seramai 150,000 (Seratus Lima Puluh Ribu Orang) orang...yg. diambil hanya 4,500 orang sahaja. Bersyukurlah kepada Allah yg. telah memberi peluang..gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya...kita akan berjaya jika berusaha dengan sunguh-sungguh...juga menjaga AKHLAK dengan akhlak mulia dan ikut suruhan agama dan jauhi larangannya insyaalah akan berjaya dan selamat. Kepada anak-anak abah semua setiap yang dibuat gunakan akal fikiran yang resional...bukan ikutan.


Buat sembahayang hajat jika menghadapi masalah sebagaimana yg. abah ajarkan.

Sekarang tinggalah berdua dgn ibu...nak tunggu amin balik bulan Julai...didoakan amin lulus semua subjek dengan cemerlang, begitu juga dengan ita. Bagi ali pulak berusaha dan berikhtiarlah insyaalah akan berjaya dan masa pun tidak lama..Masa Tidak Menunggu Kita...kita kena kejar masa.

Diucapakan terimakasih kepada mak utih yg. sudi jadi penjamin kedua kepada Ichah...Allah saja yang akan membalasnya...Begitu juga Tahniah kepada kak Ija .... yang namanya juga terpahat di majalah SOLUSI...bukan senang nak dapat peluang ini...didokan akan berjaya didalam pelajaran dan kerjaya kelak.

Mariam anak abang I uga nampaknya amat comel sekali...didoakan sentiasa sihat.

Kepad Nisa bile lagi...pak itam doakan bertemu jodoh yg. terbaik...