Saturday, March 13, 2010

Kak Nana datang kerumah

salam semua....

nampaknya musim cuti sekolah dah mula...cuti selama 1 minggu je...
Seronok juga...ita ali ichah semua dah ada di rumah....nak jadi cerita semalam mula-mula jemput ali lepas opis...singgah R&R hantar barang dagangan...kemudian baru ambil ali...than...terus ikut lebuhraya ke Gopeng...ambil ichah...
nampaknya ichah dah takut kerana dah tinggal sorang-sorang dalam bilik...semua member dah balik kampung...jam telah menunjukan hampir 7 15 minit...kami pun sampai ...terus ambil ichah...then terus pergi ke bas stesen nak ambil ita.....appoinment tunggu dekat surau stesen bas...kita pun sembahayang distesen bas...lebih kurang 8.30mlm...baru keluar stesen bas...dan terus berkejar ke Pasar malam pekan razaki...Pasar malam pekan razaki ni tutup cepat...dapat le beli laksa...kak nana nak mai ....cal kaknana pukui berapa nak sampai??...last sekali kira dok kira akan sampai jam 1.00am.....lepas pasar malam cari kedai makan..restaurant nona manis dah penuh...than pergi ke sebelah megopleks makan nasi lemak...wah nasik lemaknya agak sedap...nasik lemak kukus.RM2....last sekali balik sampai rumah jam 10++ ...lepak betul...
Kak ana sampai jam 1am...abah dah tido.....nak bangun pagi awal nak buat dodol....

la ni ali ajak main pimpong lak...esok nak P piknik di Chepor dan seterusnya makan kenduri.....di tg. rambutan...

Ok.....ali buat program ye!....Ichah...juga buat program...abah nak tengok...

Thursday, March 11, 2010

PROJEK MENJEJAK SUNNAH NABI.......


BERITA DAN PERISTIWA BERGAMBAR

Abah Sedang Membuat Priktikal Di Lapangan Semasa Kursus Di Tg. Malim: Paneh Betul
Hasil Kursus Membuat tau Fu Fah kepada pembeli Boiler

Ali tertidur Penat mandi Air Gatal Di Teluk batik.....tak best lah...


Ini Ikan kembong ni tak tau sapa punya...ada dalam kamera...ha..ambik balik



Ini Orang Tengah bersilat...kenduri kawin
rumah Elan....KL..Ibu & Abah je pegi...dapat
jumpa atuk..kawan lama...saudara mara....


INTRO

Alhamdulilah telah dipanjangkan umur dapat menulis semula. dah dekat tiga bulan apa idea pon tak keluor untuk tulis .... lepas balik dari tanah suci otak dah kosong ..... dah suci dari dosa-dosa insyaalah....Tapi kini lepas tiga bulan otak dah di isi semula dengan pelbagai maklumat ada yang baik ada yang tidak baik...itu lah nak kena tapis ..... nak ambik yang baik-baik aje...tapi kita manusia nih! di dalam enviromen manusia bkan malaikat....sudah semestinya terpaksa menghadapi dan melalui cabaran-cabaran ini...mata/Mulut/Telinga/Tangan/kaki dan semua anggota. Contohnya kaki...ada je lipas kudong nak kena pijak....kalu di Mekah kita seboleh-bolehnya lari dari lipas kudong tersebut....sebab takut ringan tangan...tapi lipas tu sebenonya boleh bunuh di Mekah sebab koto...tapi akau tak sampaihati juga.......la ni mulut pulak kekadang bercakap dengan kekawan, ibu, Ita, ali, Ichah...dah macam laser...tak tahu yang mana baik..yang mana nyakitkan hati.......tapi di Mekah...tuturkata...bahasa...perlakuan..sentiasa terjaga.....tiap-tiap hari niat nak tolong orang...bagi minum orang air zam-zam le..tolong tolak kerusi roda le...tolong angkat orang tua le..tolong orang sesat le...tolong usung kerenda mayatle...macam-macam cara...nak dapat pahala.... dari pagi sampai ke malam...

Tapi di sini banyak sangat aktiviti keduniaan yang hendak dibuat....walaubagaimanapun allah itu maha kaya dan pengampun....kalu aktiviti kita niat kerana Allah...insyaalah jadi ibadat......kalu yang bekerja macam abah niatkan kerana allah...kalu ibu masak nasik ke, goreng ikan ke, buat sambal ke...niatkan kerana Allah dan bukan kerana Abah.....Begitu juga bisnes dodol...kita kena niatkan untuk cari pahala....niatkan menjalankan sunnah nabi.....sebab sunah nabi tu bukan bela janggut atau pakai sorban je....insyaalah bisnes akan maju dengan sendiri...kalu mak utih dan pak uda yang mengajar tu niatkan kerana allah...walau pun boring tengok muka budak yang sama...ada yang berhingus eei...(masih ingat lagi bila masa kecik...wek...kalu abah tak tau le...)dsb.....nak ketok tak boleh...nanti kes polis...nak biorkan pun tak boleh...ha!ha!pandai pandai le...

Bagi yang belajo kat sekolah jadikan belajo tu tanggung jawab kepada allah...insyaalah akan berjaya.....bagi yang belajo kat Universiti tu juga ada tanggung jawab....jangan dok main-main....khayal tak tentu pasal......merugikan diri...Buat perancangan harian...a,b,c,d......jangan ikut kawan yang boleh membawa rebah....

Bagi yang masih mengangur tu...fikir cara kreatif...untuk masa hadapan.....

Oh ya ni musim keputusan priksa SPM dan STPM dan STAM dikeluarkan...kepada Imah dan Adah yang telah mengambil keputusan tu sabar-sabar lah ye...jangan berputus asa...atau terlalu gembira...sentiasa berdoa kepada ALLAH...itulah yang terbaik yang telah dibuat untuk mengejar cita-cita....... Insyaalah rezki masing-masing Allah yang tentukan......

Ari ni pulak hari jumaat...nak fikir ambik ali dulu ke...atau nak ambik Ichah dulu....Ini pon dok bincang tak habis dengan Ibu...mana patut pegi dulu...kuala ke atau gopeng.....belum ada keputusan muktamad........Ita juga akan balik ari ini....Insyaalah ceria rumah kita...

Program cuti sekolah ni cadangannya ...ichah kena p tusyen...tapi tak arrange lagi...cakap je....Ali Abah nak bagi tusyen...sehari 3 jam ++...tutorial..... harap ali takpayah le abah nak cakap-cakap....pandai-pandai le...

Ichah kena buat program sendiri... "Smart Study"....kalu Amin ada baca blog ni...bagi nasihat dan tunjuk ajar kaedah belajor pada ichah......

Tapi masaalahnya ichah ni yang abah perhatikan dia jarang nak bincang, dia buat sendiri-sendiri...tak taulah di sekolah..Sebenarnya tujuan bincang ni bukan apa...ianya adalah untuk mengingat dengan mudah...apabila berbincang cuba argue/berbalah...insyaalah satu tahun apa yang diargue kan tu masih boleh diingati. kalu ada member tak semestinya member yg terlalu pandai...cari member yang bersikap Ego...menafaatkannya...biasanya orang ego ni tidak mahu kalah..apabila dia tak mahu kalah dia akan tunjukan yang dia tahu topik tersebut....dan dia akan dok bercerita...kalu kita minta...kerana dia rasa serba tahu....dari sinilah kita akan dapat ingat apa yang dikatakannya itu...Salah atau betul tak apa....kalu betul kita tahu benar-benar ianya betul...kalu salah apa yang dikatakannya kita tahu betul-betul apa yang dikatakannya itu salah...dan kita susah tentu tidak ikut jawapan yang salah tersebut kalu keluar xam....

Kaedah penggunaan orang ego ni abah dah praktikan...alhamdulilah berjaya.....
yang susah tu kalu kawan kita tu tak ego...dah le dia pandai...tapi tak nak tunjuk pandai...lokek ilmu pulak.....

Kepada ichah...buat jadual....xam hanya tinggal lk 7 bulan je...

Belaja ni memang susah dan penat...kalu subject tu kita tak suka ianya akan jadi boring...ini mesti dielakan.....kalu boring cuba cari jalan atau kaedah supaya tak boring subject tu...tapi jangan tingglkan terus...

Oh ya abah cadang nak ajak p air terjun jahang..di gopeng....p jauh-jauh pon tak best... masa cuti yg. lepas...p teluk batik lumut tak seronok, air pon gatal dan cuaca panas ....tapi kalu ada Amin seronok sikit...

Tunggule amin balik bulan 6 nanti..kita rindu kat amin.....kita buat program baru...tanpa menganggu penumpuan Ichah......

Kepada amin..cuba cari dalam internet "Archlion"....& its usage...kalu ada di Mesir cari....abah ada makan pil ini semasa belajar di U dulu...

IBU DAH PUTIH

Minggu lepas dari 2 hingga 5 hb. mac...abah kena kursus di tanjung malim....duduk asrama...Ibu pulak nak ikut takut tinggal sorang kat rumah......nasib baik abah dapat satu bilik...jadi selama 4-5 hari ibu tak jumpa matahari....sebab kat asrama tu asrama lelaki.....dan biasanya kalu kursus tak boleh bawa isteri....nak tak nak ibu ikut juga....bawak periuk belanga.....dalam bilik asrama....masak nasikle...sadinle...macam-macam.....nasib baik tak kena tangkap....

PROJEK MENJEJAK SUNNAH NABI

Nama Syarikat: Pauziah Naman Enterprise
Nama Produk: DODOL SEDAP PEKAN RAZAKI
Nama Pengurus: Pauziah bt. naman @ Ab rahman
Pekerja: 1 orang pekerja sendiri sahaja / Abdullah Hussin

Laporan Sukutahun Pertama 2010

Ulasan:

Alhamdulilah projek dodol nampaknya makin berkembang...telah memasuki pasaran di R&R Utara sg Perak dan R&R Selatan sg. Perak....begitu juga telah memasuki pasaran Pam Minyak dan Bas Stesen Silvertage....nak kembangkan lagi.

Masalah Yang Di Hadapi:

i. Kesukaran mendapatkan bekalan gula pasir
ii. Kenaikan hargha gula pasir
iii. Kenaikan harga gula merah
iv. Kenaikan harga tepung pulut
v. Kenaikan harga tepung beras
vi. Pekerja Malas asyik sengal badan
vii. Pekerja asyik nak rehat dan nak tengok Tv je
viii. Segan nak pergi kutip duit
viiii. Mulut berat
xi. Kekurangan tenaga pekerja

Perancangan Ke Hadapan


Setakat ini telah ada 12 outlet...nakl tambahkan 20 sebelum hujung bulan April.
Akan berbincang dengan Syarikat Ko-Halal untuk mengembangkan pasaran.

Yang dah ada:
1. Azizah ent. Megopleks
2. Restaurant Teremba
3. Groshop Medan Gopeng
4. Silver Kiosk, Silverate
5. Restaurant Iaas
5. R&R Kuala kangsar (N)
6. R&R Kuala kangsar (S)
7. Esso Jalan ampang Ipoh
8.Tesco Ipoh
9. The Mall ipoh...(nak tukar kedai...kedai dulu susah nak kutip duit...jual mahal pulak tu sapa nak beli)
10..... lupa lak...

Yang Nak Di Tambah bulan ini

1. Caltex taman cempaka
2. Mamak taman cempaka 1
3. Mamak taman cempaka 11
4. Sabar menanti

Azam: ...Akan berbuat baik dan beramah mesra dengan pelanggan (Tokey kedai)....

Persediaan:

Tempahan Bulan Jun: Permintaan sebanyak 3500 kotak...untuk perkhwinan Dr. Hussin kuala Lumpur.


Doakan lah supaya Projek Menjejak Sunnah Nabi ini berjaya.
Marilah kita sama-sama menjejak sunnah nabi awalu dalam apa situasi...
Jangan Ikut Perangai Orang Melayu...Akan di tulis pada mood akan datang....