Thursday, February 3, 2011

Banjir Oh Banjir Banjir Datang Lagi Ke Pagoh

Kenangan Banjir 2006 : Lokasi: Depan kedai seman serpin: Hantar bantuan. ke kg...tu. pak andak dan sukur naik perahu ambil barang...Sarena ku terpaksa di jual : Exam PTK , Ceritanya agak tragik sedikit...kena tumpang hilux org...tunggu kat R&R Pagoh (U)...Kak azah & Nisa jemput dari Kl...berani kak azah...Kereta sangkut banjir...ibu, ita, ichah..ali.. nak balik naik bas...aku nyaris tak dapat naik bas dari kajang...Terpaksa beli Innova baru....Ingatan: kalu jumpa banjir jangan redah dengan kereta...


Banjir Di kampungku 3 Feb. 2011



Banjir datang lagi di kampung ku....

Bila tiba musim banjir ingatan ku berputar semula masa aku alam kanak-kanak sebagai "kampung boy"....jika pada masa kedewasaan ini baru diri ini sedar banjir merupakan malapetaka dan ujian allah, kerugian ekonomi, keselamatan terancam macam-macam lagi, berbeza dengan persepsi ku semasa di alam kanak -kanak di mana banjir atau bah merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu tiada kerisauan atau gudah gulana samada untuk hidup atau untuk mati semua gembira.

Memandangkan kawasan ini agak rendah apabila musim hujan lebat akan menjadi antara rumah terawal yang akan dipenuhi air...walaubagaimana pun memandangkan rekabentuk rumah ini agak tinggi maka air tidak sampai ke lantai rumah dan tak perlu pindah kepusat pemindahan dimasjid atas bukit tu. Jadi aku adalah antara penghuni di rumah atuk...walaupun aku ingat-ingat lupa rupe atuk aku. tok jantan memang tak jumpa pon.

Aku masih ingat lagi musim banjir aku berada di rumah atok di kampung raja...dengan laman yang luas berpasir...dikelilingi oleh pokok-pokok manggis yang rendang, pokok durian, pokok duku, pokok mempelam dilaman serta sebatang pokok petai dan sepohon pokok kuini gergasi dihadapan tangga verandah, disebelah tepi ada pokok asam jawa gergasi tempat aku melastik burung juga berhampirannya sepohon rambutan taik gergasi ada sebuah titi menyeberangi parit besar tempat aku buang air besar open public bila kecemasan, sementara sebelah belakang dusun manggis, rambai, jering, durian belanda dan rumpunan pisang. Memang cantik kawasan ini.

Apabila tiba musim banjir mulalah buat program ...apa nak buat...ye lah pada masa itu apa yang ada?...cybercaffe ? tak ada...Television ..tak ada ...hanya mereka yang agak berada atau sekolah saja yang mempunyi Tv...panggung wayang hanya dapat pergi menonton jika ada di panggil "wayang free" yang akan dikeluarkan kepada murid-murid sekolah apabila menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos.

Jadi musim banjir adalah musim hiburan dan kegembiraan untuk anak-anak kampung bermula (terutamanya anak-anak lelaki...budak perempuan aku tak tahu...itu pengalaman diaorang mana diaorang duduk itu kena tanya mak uteh , mak ngah dan maklung).

Dalam otak yang ingat pertama sekali pokok pisang mana yang nak jadi mangsa....atau pokok buluh mana yang nak kena tebang.... untuk senang kerja kita cari batang pisang...pada masa itu aku kecil sedikit jadi join dengan abang (pak uda) pergi cari batang pisang...

Maka pergilah tebang batang pisang belakan rumah ...tak peduli pokok tengah berbuah ke...pokok dah nak masak ke...tak de buah ke....janji dapat batang pisang. masa nak tebang mesti hati-hati jika tebang didalam air mungkin parang akan melayang keatas. Ada juga kawan-kawan yang buat rakit batang pisang..ada yang luka didahi semasa menebang pokok pisang. Aku masih ingat salim kamal adik beradik buat rakit...jadi salim yg tua tukag tebang dan potong...nak jadi cerita ...masa hayun parang tu mata parang berkedudukan terbalik (belakang parang yang kena pokok) jadi melantunlah parang ke dahi..hah berjahit...

Aku pulak Pak uda le tukan tebang, maka pokok pisang ni di potonglah lebihkurang 5 kaki...kadang-kadang tak sama panjang, la... nak ikat pulak macamana?...jadi untuk ikat susah juga mana ada tali rafia masa itu....susah nak dapat...jadi korek le kulit batang pisang tu jadikan tali dan ikat...antara batang pisang tu pulak kita cocok dengan kayu sebesar ibu jari untuk melekatkan antara empat kelima batang...batang pisang ni dibawak satu-satu kedalam banjir dan dilekatkan disitu...bayangkanle batang pisang kapas lilit besar mak datuk ai beratnya...maka setelah siap masukan kedalam air...dan dah boleh naik....pada masa itu tak takut lipan ke...ular ke...memang ada anak ular dan lipan tumpang berakit....wow syoknya....ambil buluh (mana jumpa le)...buluh jolok manggis pun jadi mangsa...jadilah pengayuh...atau penolak. Seronoknya banjir...Jauh juga dapat meronda guna rakit batang pisang.

Bisanya musim banjir dulu akan mengambil masa lk 2 minggu untuk pulih.

Lepas penat main rakit...terjun mandi pulak (berkubang intilah tok itam).....dulu tak kira air bersih ke tidak..sama saja...kesihatan tak jejas pun mungkin selalu makan makanan tak tercemar.Buah ke, ayam ke (ayam hanya dapat makan setahun sekali musim raye je, ayam ni makan makanan organik yang dibuang oleh orang waktu pagi).

Begitu juga orang tua tak kisah sangat emak, encik......ada yang jadi penonton dari atas rumah dan bagi sokongan pulak....Mungkin masa itu mereka tengah dok fikir apa akan jadi dolah ni nati masa besar....tak terjangkau ke otak/fikiran ibubapa pada masa itu dolah akan jadi RO...kah..Kah..kah...dan akan berkahwin dengan Pauziah Naman...lak dekat ...je....orang lain jauh-jauh sekurang-kurangnya NS ke..Kl ke..

Itu lah menjadikan badan tahan lasak. kalau sekarang main banjir...alamat masuk hospital le, kalu ali ke amin ke main banjir...ibu dah mula cit..cot..cit..cot.cit...cot..mana ibubapa tak sayangkan anak...Emak encik tu dulu tu bukan tak sayangkan anak ...tetapi hendakkan anaknya tahan lasak....

alfatehah untuk kedua ibu bapaku...atok amin...atok ali...atok ita...atok ichah....


Semoga banjir dan malapetaka dijauhi allah ... janganlah kau timpakan ujian yang berat-berat yang tidak sanggup kami tempuhi.

Tuesday, February 1, 2011

Cucuku..Ultraman

Ni gambo ni diambil dari filem Ultraman (filem jepun tuh!)....ni bawah ni anak Ultraman lah...sape namanya...

Wow! aku nak cubit....mai rumah tok tam...

Monday, January 31, 2011

Violence In Egypt ...Allah Bantu lah Mereka....

Salam semua.

Semasa menulis ni keadaan di egypt agak tegang...mengikut report dari Fb pelajar mesir. di U mansoura tempat amin belajo tu pun teruk.Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana amin selamat keluar dan dah sampai ke london. walaubagaimanapun rasa sedih ramai yang tersangkut di sana. Pilu bila baca FB dan tweeter mereka.

Nasib baik juga amin dah habis priksa.

Kepada amin pulak kena inform jabatan pelajar mengatakan dah keluar dari mesir kata kerajaan.
Kita berdoa perkara rusuhan dan malapetaka tak kena negara kita.

Aku risau disana..tentang masaalah makanan...mana nak cekau kalu huru hara dan perintah berkurung.

Semuanya allah yg. rancang. Alhamdulilah berkat doa semua termasuk tok piah....


Adoi sedihnya aku...berita pukul lapan ni...ada budak cuma ada rm50..je ... perintah berkurung pulak 24jam.....ada 2000 orang di airport...terkandas...Harga minuman RM200secawan...Allah-allah tolong mereka...

Bank-bank sana pun dah tutup...kena pecah juga...marilah kita sama-sama menjaga negara kita...