Tuesday, July 7, 2009

BERSYUKUR WALAU ANDA RASA ANDA KEMETOT



Allah, Allah..sentiasalah kita bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan kita seperti seadanya.
Jangan lah mintak lebih lebih.
Itulah hakikatnya..di mana dalam perjalanan pulang dari KL menjemput amin..singgah le di R&R terjumpa le org tertinggi di dunia..dulu tertinggi ni di Cina dah Piap..
Adoi! kesian dia nak berjalan pon susah..amat perlahan..takut kena palang dan bumbung...atau lampu..nak pegang alang pulak takut kena selumbar..atau takut kena tahi cicak..
masalah lagi timbul macamana nak naik kereta...kereta biasa x boleh masuk..nak buang air besar pun seksa....
Itulah kitaorang adalah orang yang bernasib baik..dapat pulak bergambar bersama..kalu cerita je..sapa nak percaya......Kan ija pon dah tak percaya..nak tengok gambar juga..

Sunday, July 5, 2009

AMIn DAH BALIK UTK BERCUTI DARI EGYPT

Alahmadullilah aku panjatkan kesyukuran kerana bunyamin telah selamat menjejakan kakinya semula ke tanah air tepat-tepat tayar kapalterbang mencecah bumi malaysia jam 9.55am...
Aku pon sebenor nya tak tahu amin naik kapalterbang apa..nak katakan Egypt air x de pulak dalam senarai..itu yang agak buat kechoh seketika nak menentukan amin naik kapalterbang apa..tanya ibu pon tak tau..abah lagi le..Itule masalahnya..patutnya kena tanya amin naik kapal apa? Jadi aku agak aja mesti kapal dari bahrin....itu ponj Gulfair..sebab di TV air port tu cuma tunjuk ada 2 kt dari timur tengah..satu dari Jedah..ini tak mungkin chances zero...seba kalu dah sampai Jedah baik terus P umrah...tiori matematik..
Kemudian dari Bahrin ada satu..9.40am..yg. ni ngam dengan time yang diberi oleh amin. Tengok-tengok 9.50 orang ramai berkumpul dekat tempat menunggu International..mungkin amin ada...sekali..
Itu lah pengajarannya..selalunya orang naik bas atau beli tiket Bas pon akan kabo ..naik bas apa..dari mana..kalu lebih baik Apa No bas..pukul berapa bertolak..pukul berapa anggaran sampai..Lain kali kalu sapa-sapa nak balik dari oversea maklumat yang mesti diberikan adalah
Bertolak dari mana
Transit kalu ada
Nama kapalterbang
No kapalterbang
Time Bertolak
Time ETA (estimated Time Arrival).
Kesian kak Ija..tolong tengok Internet..tak de kt dari egypt.

Setelah amin tiba..di KLIA dan keluar..maka bertaburanlah air mata Ibu..kerana dah 8 bulan or setahun tak jumpa anaknya..tu le ibu dengan anak....abah steady je..watwat biasa je..tetapi allah jua yang tahu bertapa gembiranya apabila amin bali kelihatan sihat..dan lebih dewasa....tambahan lagi apabila mengenangkan allah berinya kejayaan melepasi tahun pertama..tahun kritikal bagi aku..untuk menengok keupayaan seterusnya...ye le kata orang ..kalu kursus medic ni..jangan le cerita nak enjoy ...ye..aku doa dan harap amin akan berusaha lebih gigih disemester akan datang..dan seterusnya berjaya mengengam ijazah medic dan dapat tolong orang...Niatkan belajar kerana Allah insyaalah akan berjaya.....Itulah air mata orang lelaki ni susah nak keluar..kalu keluor macam x de..je..
Lepas tu dah kering air mata ibu kami bertolakle ke rumah abang I.& berjumpa keluarga di KL..Mak Long..Abang I famili..sebelum itu dah semalaman di rumah mak utih ..tumpang Tido..Terima Kasih mak Utih, Pak utih dan famili..allah sahaja yang akan membalasnya.....ada cadangan nanti amin nak balik ke kg. dgn. ibu abah mungkin x ikut..nak jumpa atuk & fam...di pagoh.
Ngam pulak dengan amin kembali ke Ipoh ..ari jumaat Ichah dan ali dapat outing balik rumah sampai ahad...maka bermulalah perancangan ..family gathering kerana dah lama tak jumpa..semua anak aku dapat dihimpunkan..jika x nak tunggu raya lah nanti..
jadi program pertama aku pagi sabtu pergi picnic di air terjun di jahang Gopeng...yang selalu aku tulis dalam blog tu...dari pagi sampai petang (tengahari0..samapi rumah petang)..seronok dengan mandi manda dan pancing memancing...
than sebelah malam..Program main bowling pulak....adoi sakit badan...
keesokannya pulak program "Ipoh International marathon" ..marathon peringkat antarabangsa..kami semua masuk kecuali Ita..semua ada baju....
Aiysha sorang yang lari..TAHNIAH aiyshah telah kerana telah dapat menamatkan larian 7km dalam tempoh kurang dari 50minit.. Aiyshah dapat sijil dan Medel..Dapat No. 80..dari ribu-ribu orang...dia ni memang kaki sportswomen.
Hari perpisahan telah tiba pula..sebelah petang pulak amin hantar ita ke Medan gopeng naik bas..jam 5ptg..Than amin hantar ichah balik gopeng..nasib baik ada amin...Abah dan ibu pula hantar ali ke Kuala Kangsar..
sekarang ni senyap sepi pulak di rumah..Entah bila dapat berkumpul semula..

Aku sentiasa berdoa kepada Allah pelihara anak-anak aku ni..berikan rahmat..Berikan kami kebahagian di Dunia dan akhirat.. wassalam.
Sori gambo-gambo x masuk lagi...