Friday, March 27, 2009

Lama tak update blog

Adoi rasa dah lama tak update blog, mula dari kenduri perkhawinan Tok Dr Husin..kemudian balik kampong emergency kerana kematian Kak Kepet..dan balik semula ke Ipoh. Seterusnya menghantar aiyshah ke SBPI Gopeng...adoi ingatkan cuti sekolah seminggu nak rehat je..sambil ajar sikit ali..nampak nya tak kesampaian..gambo perkhawinan Tok Usin pon x dapat masuk blog..tak reti..oh!oh!..nak tunggu Ita juga bulan depan nak minta tolong.
Semalam pulak baru balik dari "Colloquium" di putera jaya selama 2 hari. Berkaitan brainstorming "Underground water" tak payah lah cerita sebab agak saintifik..ho!ho!...
Semasa peninggalan abah selama 2 hari..buat first time Ibu tinggal le sorang..apa nak buat dah terpaksa..bukan abah x nak bawak..tapi abah share kereta...jadi x best...kalu pergi sorang bole bawak..bilik hotel pon beso....katanya ada dengo bunyi masa tinggal sorang..gitu le perasaan...tak bunyi pun bunyi juga..nampak pulak lembaga hitam..rupanya bayang sendiri ha!ha!..
Walaubagaimanapun kena le belajo..suatu masa nanti kita memang kena tinggal sorang-sorang..sampailah dibangkitkan semula ha!ha!. Ibu katanya makan nasi sdengan sayo rebus je..kesian dia..abah pulah dijamu dengan pelbagai hidangan yang boleh mempercepatkan lagi tempoh hayat...itulah wbp. pilih yg. sesuai je..
Amin pulak memaklumkan akan periksa pada 29/3/09 sehari selepas pemilihan UMNO.Insyaalah kami berdoa agar dapat Mumtaz..juga pohon sesiapa yang terbaca coretan ini tolong doakan amin ye!..Insyaalah Allah akan menolong kita kelak. Buatlah sembahayang hajat..tido cukup..Tak semestinya belajo kita kena tido jauh malam..apa yang penting adalah berapa jam kita belajar. Adakah masa belajar itu masa yang berkualiti?? dan paling sesuai??. Kalu tidor lambat bangun lambat pon x guna....atau mis sembahayang subuh. Sebenonya masa tido ni memang dah tetap..sekurang-kurangnya 6 ke 7 jam kalu kurang tido x sihat...susah masuk Ilmu....Yang baik adalah Tido seperti biasa ..bangun awal dan maging sementara orang lain tido..tiada gangguan..jika tidak macam-macam gangguan ..nak buat air le..nak tengok tv le..member ajak sembang le..telefon le..bising le..jangan kita tertipu dengan masa tetapi yang penting "Time Management".Ok lah..motivasi tuu!!! ho1ho!..
Aiyshah nampaknya tidak ada masalah menyesuaikan diri d sekolah barunya SBPI Gopeng..yang bestnya disekolah ini ..abah senang pergi agak dekat sikit berbanding SMKA Bota tuh!. Jimat lebih kurang 1/2 jam perjalanan..Patutnya sekolah ini ini dulu Amin merupakan yang paling senior..tapi apa nak buat x de jodoh..
Esok pullak nak P kenduri kawin rumah bapak Afiq kawan amin MRSM tu d jln. batu Gajah...lepas kursus haji. Mudahan tahun ini dapat p haji..kalu sampai seru...
Kepada anak-anak abah bacalah quraan walaupun satu muka sehari....ye.jaga ahlak..
satu lagi..sentiasa ucapakan terimakasih pada sesiapa sahaja yang bantu kita walaupun sekecil mana, jangan ada perasaan hasad dengki.....doakan orang lain juga berjaya sesama kita..jangan sekali hina atau pandang rendah orang lain..walaupun Arab..ye!
Ok..bye...