Thursday, May 7, 2009

Amanat Sempena Hari Ibu: Dari Ibu PAUZIAH.....Selamat Baca.....& kalu senang dengo le lagu-lagu tu!







Dari ibu untuk suami dan anak-anak tersayang...Amin, ita, ichah, ali husin & Dolah Hussin:
kehidupan didunia ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Adakalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada di bawah.Putaran kehidupan ini adalah suatu ketentuan dari allah untuk menguji manusia sejauh mana keimanan kita kepadanya.
Perjalanan hidup ibu juga tidak terlepas dari pelbagai dugaan dan cabaran. Kesenangan yang dilalui beberapa waktu diselangi dengan kepayahan yang menjadi suatu peringatan, tidak ada suatu pun yang kekal abadi.
Kesenangan adalah suatu ujian.........menguji setakat mana kita mensyukuri nikmat allah s.w.t. kesusahan dan kepayahan adalah ujian.........menguji setakat mana kita menerima ketentuan Allah. sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan tetapi yakinlah kepada bantuan Allah.
oleh itu belajar lah bersungguh-sungguh untuk masa depan. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...amin.....insyaalah.


Tambahan:

Yaa Allah, tunaikan lah permohonan hambamu ini, aku teringin nak menunaikan fardu haji tahun ini. Jemputlah daku ya Allah. Berikan lah tubuhbadan yang sihat. Berikan lah kelapangan masa, kesihatan yang baik, berikanlah keriangan hati kepada ku dan juga anak-anak ku dan keluargaku..untuk menghadapi mu...wssalam.

Monday, May 4, 2009

Permata untuk Isteri...

Ha!Ha!..tu! Lagu tu ditujukan kepada Ibu Pauziah..semoga sentiasa sihat & gembira..dengan ucapan semoga dapat naik haji tahun ini.....