Saturday, January 8, 2011

Kek Untuk Amin

Tanggal 15 Januari....jam genaplah umur amin yang ke berapa ye....???? rasia kot. Semua disini, ibu, abah, ita, ichah, ali mengucapkan tahniah kerana menyambut harijadi yang ke...... Begitulah umur semakin meningkat ilmu dunia dan akhirat pun turut meningkat dan dari segi tanggungjawab juga telah berfikiran dewasa. Kami berdoa kepada allah di beri kesihatan yang baik, mudah menerima pelajaran berjaya di dunia dan akhirat jangan lupa rumput dibumi. Untuk itu terimalah kek harijadi seperti yang diatas......hu!hu!...









Semasa Kecil Di Timang Ibu....

Sudah besar...ditimang gelombang.........







Comelnya ita masa kecik....
Comelnya ita masa beso.......











































My Way



Di amerika turun salji, di China hujan salji, di UK salji turun, di egypt musim sejuk, di Kelantan Terengganu musim banjir, di ipoh musim hujan, di australia musim banjir harap-harap kak long noi tak kena banjir seperti di Queensland tu.

Apa kahabar pulak orang BBN (bandar baru nilai) disana musim ape?.
Di kampung musim durian pulak kot. Musim orang kenduri khawin dah abis.

Masuk ke tahun baru 2011 apakah azam kita, azam je x jalan kalu tak di laksanakan, yang penting mula bergerak...kalu tidak ujung tahun serope je ....hidup ini kita kena berubah (nasihat kepada diri sendiri) dan anak-anak...iaitu merubah kepada peratusan yang lebih tinggi....kalu tahun lepas bangun jam 5.30am...tukar jadik 5.00am....kalu dulu malas....sekarang tingkatkan kerajinan...kalu dulu jual pinggan 10 kotak...tahun ini targetnya 20 set, kalau tahun lepas jual baju 20 helai tahun ini 40 helai....kalu lepas dapat B periksa....target dapat A....kalu ari tu dapat jahid jidan....tahun ni mesti mumtaz...kalu tahun lepas ada 20 outlet dodol....tahun ini tingkatkan kepada 50 outlet. kalu tahun lepas keseorangan tahun ini dah ada pasangan...kepada yang berkenaan sahaja, yang tak berkenaan tak payah.
Tapi bagaimana?....caranya ialah tingkatkan usaha, berstrategi, buat planning, tebalkan muka,tentang arus jangan ikut arus, kehidupan sekarang penuh dengan cabaran dan liku-liku...jadik bagaimana kita nak berjaya mengatasi cabaran ini .....kalu kita tengok ikan di air deras (ikan dalam parit) tu! Ikan akan menghadapi cabaran arus yang deras itu, ....Andainya ikan tersebut mengikut arus ia akan hanyut....Jadik untuk tidak hanyut kita kena hadapi cabaran dengan tabah...
Walaubagaimanapun sesuatu itu tidak akan berjaya walau pun kita berusaha sedaya upaya jika kita tidak bertawakal dan diiringi berdoa munajat kepada allah. Insyaalah allah akan bagi kat kite.
Didalam megharungi kehidupan kita ikutlah apa yang kita fikirkan baik dengan keazaman bukan mengikut ikut dan terikut-ikut tanpa menggunakan justifikasi kita sendiri.

Semua daerah, tempat ada bahasa kedaerahan...begitu juga pagoh. sapa nak belajo bahasa pagoh? Ini contohnmya....

"Cikgu-cikgu semalam ada LENTO kuat cikgu, lepas itu ada KENYIT....mak saya TERGONJOT cikgu, payah anto hospital, begitulah keta sorang murid kepada cikgu zaman"

Thursday, January 6, 2011

Aishah Buat dodol....




Diam tak diam dak masuk tahun baru 2011 makin le bertambah umur dan semakin tualah. taun ini merupakan kehidupan yang menghampiri setengah abad, moga allah berikan bimbingan, begitu juga amin , ita, aiyshah dah nak keluar dari alam remaja ke alam dewasa, alhamdulilah semuanya tidak menghampakan harapan abah dan ibu, begitu juga ali walaupun baru 15 tahun tapi badanya agak besar dan tinggi dah lebih dari abah.

Begitu juga dengan anak-anak saudara yang disayangi, jauh dimata dekat dihati, ija, nisa...ahhh...semua sekali lah.

Kepada mereka yang jauh dimata dekat dihati...
buka lah video lagu sudirman tu...

lagu : ANAK DAGANG
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur katajaga cermat peri bahasa
Selalu berbudi tinggi
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit terus jangan dibuang..........

Aiyshah menunggu keputusan SPMnya...sentiasa berdoalah banyak-banyak...banyakkan sembahayang hajat. Begitu juga ali yg. akan mengambil peperiksaan PMRnya lepas raye.
Mak long pulak didoakan semoga dah sihat. Begitu juga tak lewat mengucapkan tahniah kepada mak andak & pak andak yg. telah menerima cahaya mata...sapa namanya ye!!! ija tau...beritahu pakitam. Tak lama lagi abang i pulak akan menerima orang baru...semoga kak azah sihat begitu juga baby yg. akan lahir.
Teringat pulak lagu hail amir..ku beri Kasih ...lebihkurang liriknya begini...

Biar lelaki atau perempuan
kita terima saja
Rahmat dari tuhan
Itu yang utama,
Ku riba dikau
ku timang tinggi-tinggi,
ku peluk, ku cium sayang belahan hati.
Bila dewa sa ia akan berjasa
hendaknya kepada kita
dan juga bangsanya.....


Aiyshah yg. bercuti rehat lama sedang membuat perancangan untuk tempoh 3 bulan...tak tau apa perancangannya...tapi salah satunya dia nak ambil lesen memandu....ha! kalu dah ada lesen nanti senanglah sikit ibu untuk hantar dodol ke kedai-kedai. aiyshah juga sedang berkursus buat dodol....haaa1 mungkinkah dia yg. akan menyambung perusahaan aku nanti...boleh jadi jutawan dodol......nanti orang panggil aiyshah dodol....tunggukan lah episod seterusnya.....

Adakah aiyshah ada cita-cita untuk jadi usahawan, atau loyer, atau cikgu...atau....eloklah ada perancangan...dan impian baru boleh berjaya.

Amin kahabarnya demam musim sejuk....ye lah di UK pon salji tebal...jadi mungkin terkena tempiasnya....Dengar kata amin nak pergi UK....kalu jadik pegi hati-hati lah dari segi keselamatan, kesihatan dan juga kewangan....X am jangan lalai, itu yang utama.....
Diipoh juga musim hujan...tiap petang hujan...bila nak balik dari opis...hujan mula turun...nak-tak nak redah aje le...janji sampai rumah. Alhamdulilah setakat ini kawasan Pekan razaki bebas banjir...berdoa semoga tak ada banjir disini.

Ari ini aiyshah buat pan cake dan jejemput untuk aku berbuka puasa...waduh sedap...jejemput cecah sambal tumis...sedapnya. Ita tak tulis blog mungkin sibuknya dengan programnya.....tapi tak pe....teruskan belajar.

Oy ija ada gambo pokok tebu..yg. ada pak itam tanam ari itu....nak adjust kalu nak pergi sana nanti time tebu boleh tebang......kita boleh makan.....harap kak nisa baja selalu...
begitulah juga dengan kehidupan...juga perlu baja...jika tidak layu dan akhirnya mati......
Begitu juga telur puyuh boleh kak nisa tolong kumpulkan...dah banyak nanti kita datang makan telur puyuh.....ha...begitulah jika ada kemahuan ...semua boleh jadi. Minta pak uteh bela kucing......best lah kalu ada kucing.....macam blog aiyshah... kalu tak bela kambing seko pun dah ok.....banyak rumput boleh makan tak payah cangkul rumput dan tak sakit pinggang...
Insyaalah panjang umur berjumpa lagi.

"you're always on my mind....

dari abah, ibu, pak itam dan makitam di Ipoh.