Friday, February 20, 2009

Hari Ini Tanggal 20 Februari 2009

Oh ya..mak Uteh dan family masih sedih diatas pemergian..ibunda/nenda Nisa/Im/Ija/Timah....wbp.. biarlah , yang pergi tu biar pergi..dan yang hidup perlu meneruskan hidup..
Hari ini abah dan ibu rasa sangat gembira kerana dapat berjumpa kembali Ali yang sebelum ini tidak puas berjumpa. Ali pun dah pandai ikat sorban....amin pun pandai kan?? cuma abah je x tau..dah cuba ikat pun..jadi lah macam sorban bengali pulak..x jadi le nak pakai sorban..Wbp. abah galakan Ali pakai serban..wbp..kena jaga tingkah laku dan adab..dan nampak macam orang berilmu..jika pakai sorban tetapi budi bahasa x de, x pro..maka akan memburukan agama..
Aiyshah pulak katanya kalah lomba lari , peringkat Negeri...x pelah..pas ni concentrate belajo pulak le..ye..
Badan pulak ni rasa sakit-sakit sikit ni ..mungkin salah tidor..kerana banyak kali tidur depan TV...mula tu nak tengok TV..last sekali bila terbangun pagi agaknya TV yg. tengok kita..Oh! membazir betul..Ya lah baru tau umur dah meningkat tua..tidur atas lantai pun x berapa boleh....terseliuh sana-terseliuh sini.

Sunday, February 15, 2009

KASIHNYA IBU

Begitulah kasihnya Ibu..
Pada tanggal 12 Februari 2009, bersamaan tarikh pertamakali pulangnya ali dari Madrasah Idrisiah setelah 40 hari x berjumpa ibu & bapa, "penantian itu satu penyeksaan" muncul pula berita sedih akan kembalinya kerahmatullah Ibu kepada Pak uteh..kami juga terasa kesedihan apabila ditinggalkan oleh ibu..yang disayangi...kasihnya ibu membawa ke Syurga. walaubagaimanapun keredahan kepada yang esa yang telah menjemputnya lebih dahulu dari kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana pemergiannya dengan jemputan yang aman. Bersama-sama panjatkan Fateha..dan berdoa semoga rohnya di rahmati Allah dan terhimpun bersama mereka yang beriman..dan soleh Alfatehah.
Kepada anak-anakku..
Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga......