Friday, February 6, 2009

Ceritaku hari ini 6 2 09

Salam semua, didoa sentiasa di berkati Allah.
Hari ini seperti biasalah pergi korja..cuma Ipoh agak hangat sikit isu politik...pagi-pagi makan roti terus pergi kerja..ibu bunyamin pulak pergi main taichi di padang. Dekat pejabat semua orang cerita pasal perlantikan menteri besar yang baru ada yang sokong ada yang tak puashati. Aku seperti biasa sahaja cuma harapkan rakyat perak terima MB baru tuh! ..alamak masalah pulak timbul di Kuala kangsor tempat ali sekolah. Depan sekolah ali ni le berlakunya demonstrasi oleh Puak-puak PKR untuk menuntut dibatalkan angkat sumpah MB baru. Pukul 8 tengok TV3..walamak teruk juga demonstrasi tu..ada FRU ada orang baring atas jalan ada kena tembak gas pemedih mata..Tiba-tiba TV3 ada budak-budak sekolah terlibat didalam demo tersebut..tiba-tiba aku teringat Ali disana.. itu le makbapak asik ingatkan anaknya...takut teperangkap di Masjid maklumlah lepas jumaat..tak berlingah lagi lk pukul 10 mlam aku telefon ketua warden Ali mengatakan ada murid sekolah terlibat..ye ke katanya..Tv mana .aku cakap TV1 dan TV3..lepas itu dipun dok cerita..katanya pada masa murid-murid lepas sembahayang demo dah start..jadi murid-murid terperangkap..tetapi aku tanya budak ting. 1 bagaimana..katanya dah keluor dulu..alhamdulilah le ali x terperangkap..Tapi yang syoknya menurut ustaz tu di tengok anak muridnya di depan masjid..diapun berkejar untuk dapatkan budak-budak tu untuk suruh larikan diri kesekolah..tau apa jadi..masa dia lari nak selamatkan budak tu , polis pulak lari kejar dia..lasat sekali kena tembak pemedih mata...ho. ho..nanti tunggulah 12 haribulan dapat le cerita penuh dari ali...Amin amacam dah ok ke, dah pindah ke??
salam...jumpa lagi.
Sapa nak belajo buat duit dari Internet?/ Pakitam boleha ajar..Tolong klik iklan tuh! setiap kali buka blog pak itam ye! tu bole dapat duit..

No comments:

Post a Comment