Monday, April 20, 2009

Kita Picnic di Air Terjun Jahang Gopeng

Minggu lepas icah & ali balik sebab cuti harijadi sultan Perak...jadi apa lagi nak buat??? fikir punya fikir dan bincang punya bincang yang mengambil masa 2 hari ..maka diputuskan oleh panel untuk ke air terjun yang paling dekat di Ipoh iaitu di Gopeng lebih kurang 10 km dari rumah...Amin yg. tunjuk tempat ini dulu..jadi pagi ahad berangkat lah kami 4 beranak ke air terjun....Sebagai kenang-kenangan dapat lah ambil gambo-gambo dengan menggunakan camera antik abah..dan hasilnya.....tak mengecewakan.... Mula dari jam 7.30pagi..hingga 3.00 petang..... dekat 8jam kalu pergi Mekah dan sampai....Insyaalah tolong doa abah & ibi dapat p mekah taun ini....



Ali bawah jembatan besi..apa dia tengok tak tau la...ada le idea tu...
Ali sedang menangkap ikan..huh! ikan banyak..
Icah tengah memancing...masalahnya abah yang kena pasangkan umpan.....dia takut cacing...loh! macamana nak jadi doktor....ada juga ikan tarik..beso kata ichah..tapi terlepas..gitu le bila terlepas kata beso...ha!ha!..kalu dapat jadi kecik...
Ibu pon memancing juga..tapi ikan tak dapat..ikan tak kenal lagi..kalu dua tiga kali pegi nanti..ikan akan kenal..baru boleh dapat...
ini le buaian yang direka oleh ali..creative juga ali ni..kalu diasuh boleh jadi enginner..kuat buaian tuh!..
Tengok ali punya hayun..abah pulak takut nak main sebab badan dah makin membesar..harap-harap x de le penyakit...nanti boleh mai lagi...
Ichah dengan buaian rekaan ali....
lah dah tua pon nak main buaian lagi..ibu tu teringat masa kecik-kecik dulu..main buaian..woh! seronok kita..bukan budak je boleh main buaian...tak taulah datang next time ada lagi ke tak buaian ciptaan ali nih!...kalu ingat kita bawak tali...buat buai baru..
Macam tarzen....tapi jatuh x pe..dalam air...
Disini kalu nak datang tak payah bawak bekal pon x apa..ada kedai makan..kita pon banyak bekalan mee, telole..kueh le..air le..Tapi pegi beli jugak kat warung tepi air tuh!..Last-last mee yang dimasak dibawa pulang semula untuk dijamu kepada kucing...
Abah posing dengan ibu..dibawah pohon buluh..oh1oh!..tu beso ikan yang dapat tuh!..itu baru 2 ekor..abah dapat 14 ekor semuanya ....Ichah dan ibu cuma dapat ekor je..ha!ha!..Ini ikan air terjun apa orang panggil ikan Tengas..sedap ikan ini..kena tau cara masak ..last sekali bila masak abah makan sorang..hai!..ye le diaorang semua orang bandar..abah orang kampung...ikan ini mahal harganya dan susah nak dapat....kecuali orang pandai memancing ..macam abah..Hu!hu! angkat bakul...
picnic dibawah pohion buluh..rekerasi yang murah dan menyegarkan...tak payah p jauh-jauh..nanti kalu tak ada sesiapa yg. nak p..abah p dgn..ibule..Kalu mak uteh ke, Nisa ke, timah, ija datang ipoh..kita bawak mandi sini...
Aair nya sejuk..seronok mandi manda ....arus agak deras...tebing sungai dah ditambak batu-batu..nak mandi agak takut ..takut kepala kena batu...jadi mandi pakai "cebuk"..hai.. org perak panggil cebuk..gelinya..kita orang selatan panggil gayung...
Iibu dah dapat kerja sambilan di air terjun jahang..gaji kira hari..lupa sehari dapat berapa ringgit....
Siap membakar..disini kurang nyamuk dan agas...ibu sukarela membersihkan kawasan..ini le orang rajin..dan tahu menjaga alam sekitar..jadi kalu pergi mana-mana jagalah alam sekitar dan kebersihan...

Ali rajin juga..abah malas sikit......tu le airnya..cantik jernih...

Sunday, April 19, 2009


Publish Post


Inilah gambo kita ke UK. seperti posting yang dahulu nak p jumpa ita di Uk..alamak x dapat jumpa kerana ita berakit. Itulah yang abah katakan bas antik maktab ita. anyway merasa juga kami p UK..kalo tidak x merasa. cerita sikit tentang air terjun di Uk nih..ianya terletak lk. 10km dari kuala kangsar.Amin pernah pegi. berhampirannay ada satu kawasan BTN. Airnya cantik juga begitu juga dengan persekitaran..tetapi nak bawa budak kecik mandi x berapa cantik seperti di Cepor..
Ari 19/4/09 hari ahad..ini ibu, abah, icah dan ali p ke Air terjun jahang kat gopeng. Best lah...abah pancing ikan..huh! dapat besor..tapi gambo x de lagi..tak tahu nak ambik dari kamera..kabel x de..
Loh! ni gambo anak Dr Husin../ tok husin..ini yg. cerita dulu tu! gambo baru boleh publish..Ni dibuat di dewan Felda di mana mawi pon buat kat sini...yg. pompuan tu ingineer..suaminya juga ingineer...
Ini adalah tempat makan di Ulu Kenas..agak selesa juga..kami ada bawa bermacam-macam makanan..kot-kot dapat jumpa ita & makan sama-sama, tetapi hampa..ita tak muncul-muncul..ita p berakit..menyusuri Sungai??/..
Abah dah kelaparan nak P makan...mancing ikan pulak x dapat..
Ali sedang menikmati mee hon goreng yang dibawa.
inilah sekolah baru ichah. Ini semasa pendaftaran tempoh hari..kita sama-sama berdoa agar ichah berjaya SPM dengan cemerlang..Datang Dengan Harapan...Pulang Dengan Kejayaan.
Huh! ini perlawananan pimpong antara wakil potera jaya dan wakil Perak...mak uteh berpasangan dengan Ita VS abah & ali...keputusan seri..sebab bolah dah pechah..x kira..lain kali ki mai lagi.
Di dalam permainan pimpong ini..Kalau tak menang dengan tuan rumah x boleh masuk...ho1ho1 gurauu je..nampaknya kuruslah mak uteh..hari hari pukul pimpong...nisah akan jadi macam kerengga....he!he!..
Ini kacang nih! abah x tau nak kasi pusing gambo.. Dia ni rajin baca buku..dan suka makan kismes..nampaknya dia ni pandai nanti..
sapa x kenal itu..ita dan ibu posing..kat mana lu lak..Budak bawah tu nak posing gak...