Saturday, June 13, 2009

dah lama tak update blog

Salam semua.
Aku doakan sihat dan bergembira pembaca blog ini..serta di murahkan allah rezki.
rasanya dah agak lama tidak mekemaskini blog ni..bukan apa memang tak nak kemas..agak sibuk sikit.hal negeri perak dah agak senyap..tapi aku pun siapa yang nak tolong pikir....diri sendiri pon nak kena pikir dulu...Mereka-mereka yang buat honar tu ada agenda sendiri..tapi kita?/..jadi kenalah buat agenda kita sendiri..hal negara biar mereka yang arif menyelesaikannya....cuma bagi kita yang pengikut ni..gunakan akal yang resional bukan emosional..
Di dalam bulan ini juga ada berita gembira, ada berita sedih, ada berita sedih bercampur gembira. walaubagaimanapun semua pusingan kehidupan ini telah ditentukan oleh Allah..walaubagaimanapun kita diberi allah pilihan untuk memperbaiki keadaan dan diberikan akal fikiran untuk berfikir.

Kita mulakan dengan berita gembira...berita gembiranya ialah kak IJA akan balik ke malaysia kerana telah habis belajar di Morocco..Insyaalah . Kita ucapkan tahniah serta selamat kembali ke malaysia..tarikh lebih kurang 28 jun kot..Kita semua doakan tiada apa-apa halangan didalam persediaan kembali ketanah air. Jaga lah keselamatan. Cuma mungkin kak ija balik nanti terpaksa buat roti sendiri..sementara membiasakan makan nasi sambal belacan....atau roti canai...rasanya roti canai tak sama dengan roti arab morocco.

Juga berita gembiranya aku dapat berjumpa dengan anak-anak semperna musim cuti sekolah ni lebih kurang 2 minggu. begitu juga telah berkesempatan berjumpa adik beradik....dan rasa bahagia dan gembira juga ada saudara mara berkunjung ke rumah..abang I sekeluarga serta mak long bermalam beberapa hari di rumah..seronok bermain-main dengan Mohd..Ibrahim..sapa lagi ye ..lupa lak.. Begitu juga JO..atau johari dari Johor anak pak ngah salleh juga sempat berkunjung ke rumah. Di ni ADO la ni d Pontian..Anaknya dah abis belajo di politeknik Ipoh dan dah kerja bank.

Musim cuti sekolah ni kita tidak ada kemana-mana cuma mampu bawa famili berkelah di air terjun yang dah selalu pegi tu..itulah tempat yang jimat sikit..tapi seronok..ada juga pergi main bowling..main bowling ni tak memrelukan kos yang tinggi cukup bawah RM50..dah seronok dan dapat bermain dan gembira satu famili.
Disamping itu aktiviti bermain pimpong semua dapat main..maca video tu lah..
Berita gembira juga dimana amin kata dia akan balik 1 Julai..jika tak ada perubahan..begitu juga abah nasihatkan jaga keselamatan semasa di sana ..dan dikhabarkan di mesir sekarang musim panas yang amat sangat....banyakkanlah minum air bersih..

Di Ipoh juga agak Panas kata kaji cuaca fenomena al-nino..panas bukan kepalang danga jerubu dengan index IPP yang tinggi..wbp...semalam dah hujan lebat lega sikit..pemberian allah..mudahan tidak berpanjangan.

Berita sedih pulak kami terima pak ngah meninggal dunia,...Dikesempatan itu juga telah dapat berjumpa ramai keluarga dan adikberadik dan sanak saudara semasa di rumah mak ngah. Seperti telah diceritakan diblog ITA..kesian juga mak ngah dan anak-anaknya..yang dah jadi yatim Piatu...apa boleh buat kehendak allah..yang pergi tetap pergi..Untuk kita yang masih idup ni..marilah ambillah pengajaran..kepada ibu bapa...apa tindakan kita????apa persediaan kita...kepada anak-anak apa tindakan kita sementara ibubapa masih hidup??? dan buat renungan...

Berita sedih campur gembira pulak hari ini penghujung cuti sekolah ali dan aiyshah dah habis cuti dan terpaksa balik ke Asrama..mudahan mereka dapat belajar dengan jayanya.
Juga berita gembiranya dan bercampur sediah..musim buah-buah durian gugur di Muar....bukan kita punya ..cina punya..Melayu punya dah x de..buah agak murah dan berkualiti..sedap betul..sedihnya x boleh makan banyak terhad kepada 2 ulas...hai!! itu kena tanya ibu...biasanya abah makan sorang satu biji....

Walaubagaimanapun aku sentiasa berdoa kepada Allah agar memberkati keluarga ku...anak-anak..adik beradik..anak saudara..cucu saudara dan semuanya..semoga Allah tidak menarik balik kegembiraan kita ini.

Catatan: Abdullah Hussin

Persediaan utk pertandingan pimpong d rumah Mak uteh bila Ija balik