Saturday, January 8, 2011

My Way



Di amerika turun salji, di China hujan salji, di UK salji turun, di egypt musim sejuk, di Kelantan Terengganu musim banjir, di ipoh musim hujan, di australia musim banjir harap-harap kak long noi tak kena banjir seperti di Queensland tu.

Apa kahabar pulak orang BBN (bandar baru nilai) disana musim ape?.
Di kampung musim durian pulak kot. Musim orang kenduri khawin dah abis.

Masuk ke tahun baru 2011 apakah azam kita, azam je x jalan kalu tak di laksanakan, yang penting mula bergerak...kalu tidak ujung tahun serope je ....hidup ini kita kena berubah (nasihat kepada diri sendiri) dan anak-anak...iaitu merubah kepada peratusan yang lebih tinggi....kalu tahun lepas bangun jam 5.30am...tukar jadik 5.00am....kalu dulu malas....sekarang tingkatkan kerajinan...kalu dulu jual pinggan 10 kotak...tahun ini targetnya 20 set, kalau tahun lepas jual baju 20 helai tahun ini 40 helai....kalu lepas dapat B periksa....target dapat A....kalu ari tu dapat jahid jidan....tahun ni mesti mumtaz...kalu tahun lepas ada 20 outlet dodol....tahun ini tingkatkan kepada 50 outlet. kalu tahun lepas keseorangan tahun ini dah ada pasangan...kepada yang berkenaan sahaja, yang tak berkenaan tak payah.
Tapi bagaimana?....caranya ialah tingkatkan usaha, berstrategi, buat planning, tebalkan muka,tentang arus jangan ikut arus, kehidupan sekarang penuh dengan cabaran dan liku-liku...jadik bagaimana kita nak berjaya mengatasi cabaran ini .....kalu kita tengok ikan di air deras (ikan dalam parit) tu! Ikan akan menghadapi cabaran arus yang deras itu, ....Andainya ikan tersebut mengikut arus ia akan hanyut....Jadik untuk tidak hanyut kita kena hadapi cabaran dengan tabah...
Walaubagaimanapun sesuatu itu tidak akan berjaya walau pun kita berusaha sedaya upaya jika kita tidak bertawakal dan diiringi berdoa munajat kepada allah. Insyaalah allah akan bagi kat kite.
Didalam megharungi kehidupan kita ikutlah apa yang kita fikirkan baik dengan keazaman bukan mengikut ikut dan terikut-ikut tanpa menggunakan justifikasi kita sendiri.

Semua daerah, tempat ada bahasa kedaerahan...begitu juga pagoh. sapa nak belajo bahasa pagoh? Ini contohnmya....

"Cikgu-cikgu semalam ada LENTO kuat cikgu, lepas itu ada KENYIT....mak saya TERGONJOT cikgu, payah anto hospital, begitulah keta sorang murid kepada cikgu zaman"

No comments:

Post a Comment