Salam semua.
Di doakan semuanya di dalam kaedaan sihat dan sejahtera. Moga amin, ita, ali dapat belajar dan memberi tumpuan dan berjaya. dah lama tak menulis di dalam blog ni asik bercerita di dalam FB.
Begitu juga ichah minta semua tolong doakan berjaya mendapat tempat di Institusi yg. diharapkannya. Kepada anak-anak abah tu jangan lah jadi FB addict...merugikan masa. Ambillah masa yang terluang untuk buat fb. Simpan FB bila belajar. Bersmangat lah belajar...Kepada ali buatlah persiapan yang secukupnya...
Kita ucapkan kegembiraan kepada anak abg i & fam kerana mariam (maryiam)???what spelling?...telah sihat semula. Di doakan cepat membesar dengan sihat.
Kepada anak-anak saudara yang lain tu seperti Nisa,Ijah etc. terutama yg. perempuan jangan cepat membesar pulak. Diet le kah! kah! kah!.
Oh ya! terlupa nak pasal baby abah ni pulak. sebenarnya baby ini di jumpai di depan rumah.
Asal ceritanya begini.....
Ibu ada tanam pokok bunga ape ke nama..dekat sebelah innova tu.
Oleh kerana dirasakan rumah kita ni aman....(mudah-mudahan tanda keberkatan).
Jadi seekor burung merbah (kot) telah membuat sarang.
Abah dapat agak ada burung buat sarang apabila pagi ada burung keluar dari pokok bunga tu...petang juga ....jadi dari kepakaran semasa kecil melihat telatah burung dan melastik burung .... abah agak ada burung cuba nak bersarang. jadi abah beritahu ichah dan ibu kawasan pokok bunga tu di jadikan kawasan larangan supaya tak menganggu burung...
Ari tu abah cuba melihat kedalam sarang burung tu...wah ada dua biji telur burung...macam telur puyuh. Tapi ari ni pulak tengok alhamdulilah dah menetas ada dua baby burung....tak tau pulak bila dia nak meninggalkan rumah kerana dia kena pergi belajar. Emak nya pulak tak nampak...carik makanan kot.... laporan seterusnya akan menyusul kemudian...
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi
(Ulang # & * sampai habis)
Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
No comments:
Post a Comment