Bila sebut pasal budak hilang ni memori ku berputar semula ke suatu masa kira-kira tigabelas tahun yang lepas. Pada masa itu bagi memenuhi masa dan kegemaran ku berniaga aku berniaga air soya dipasar malam juga nak tambah sikit duit.
Jadi pada suatu hari aku perlukan barangan dan perlu dibeli di pekan. Jika tak silap hari sabtu. Pada masa itu aiyshah berumur dalam lingkungan 4 ke 5 tahun. dia anak manja jadi mana aku pergi dia nak ikut...dia akan cakap ..."nak ikut!...nak ikut!...boleh tak boleh kena bawak juga le. Dia nie manja...
Jadi pagi itu jam lebihkurang 10 pagi aku bawa ichah ke Pekan kalau tak silap menaiki Ven C20 van pasar malam. Di pakai t shirt dan seluar berbatik panjang warna kebiruan kalau tak silap.Kami pergi ke kedai peralatan dapur. Sesampai dikedai tu orang agak ramai juga. jadi aku pimpin ichah sambil belek-belek barang. Semasa membelek-belek barang aku lepaskan tangan ichah, jadi dia pegang je aku dan kadang-kadang lepas kerana membongkok mengambil barang. Jadi setelah selesai memilih sendok dan lain-lain barang aku pun masuk ke dalam kedai untuk membayar harga barangan. ichah pun aku rasa ikut.
Sedang urusan membayar tiba-tiba aku toleh kiri kanan...mana ichah???kata hatiku. Pee Tujuh Melayu! ichah tak ada...aku pun terus tanya orang sekeliling aku ada nampak budak perempuan kecil...macam-ini...macam ini..aku menerangkan. semuanya geleng.....hah!...macam kucing kehilangan anak..meriau...
Kemudian aku meluru keluar kedai mata melingas kekiri dan kekanan...mana ichah...tak nampak nih!. Adoi rasa nak pitam nih!... jadi aku jalan kesebelah kiri kedai berhampiran kedai jual bahan-bahan kek...lah! tu dia aishah sedang berbaring atas corridor semen sambil menjerit-jerit menangis. dan kaki menendang-nendang..abah!abah!...nga....nga...nga....!..sambil mengesat air mata...di kelilingi oleh beberapa orang bukan melayu.... adoi terperanjat...masa itu belum kena serangan jantung. Dengan tak banyak cakap aku terus terus mendekati ichah dan bangunkan serta pimpin dia....dan terus ke Van dan balik kerumah...alamak kecut perut...balik rumah terus tidur...tapi tak boleh tidur.
Alhamdulilah allah lindungi aiyshah.
Bila rasa dah reda sikit tak lama lepas itu tanya aiyshah kenapa tinggalkan abah dalam kedai?...katanya dia ikut orang macam abah!..terus keluar.....dah lama baru rasa bukan abah...(aiyshah keliru atau kata perpatah pelanduk dua serupa..."Rupa macam abah, baju macam abah, tinggi macam abah, potong rambut macam abah ...tapi bukan abah)
Untuk itu kalu sesiapa ada anak tu...semasa keluar bersiar-siar ke,...ke pasaraya ke...ke tepi laut ke sentiasa lah mata mengawasi jangan terlepas pandangan terhadap budak kecil juga sebagai contohnya artikal "Amin Hilang".
Aiyshah akan periksa mulai 23 hb. Nov. ini...jadi minta tolong doakan agar mudah baginya...semoga soalan yang akan keluar nanti adalah soalan yang benar-benar dapat dijawabnya & dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul dan sampai cita-citanya.
Katanya dia nak jadi peguam...entah le!...x am dulu...& score...macam-macam boleh jadi.
Coretan: Abah
Mungkinkah tajuk ini akan keluar xam SPM tahun 2010...
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi
(Ulang # & * sampai habis)
Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
No comments:
Post a Comment