Salam kepada anak-anak abah, amin, ita , ichah, ali juga mak utih, pak uteh, nisa, khodijah...i, ahh!! semua anak-anak saudara. rasanya dah dekat setengah tahun tidak update blog ni...adoi..bukan malas...bukan tak senang tapi tak nak tulis...yang masalahnya juga PC kat rumah tu tak boleh nak tulis blog ....dah anto kedai tapi tak boleh juga...tu yg. tak de semangat tu...
Oh ya semasa blog ni ditulis amin di Mesir...salam rindu abah ibu...kesian ibu tiap hari suruh abah update blog....Amin tulis le blog walau pun sikit......face book tak berapa syok...
Oh ya dalam minggu lepas 28 hb. okt ...abah bawa Ibu pergi seminar...seminar di panggil "marketing Power" oleh Dr. azizan...bayar punya...RM120 di Hotel Syen...dari jam 8malam hingga 11.45 malam... , yg. kita selalu nampak dalam surat kabar tu....ye. le sesekali kita ubah pulak enviromen..nak bagi minda buka tidak syok sendiri ,terutamanya bila menceburkan diri dalam bidang bisness nih!...ye le 9/10 kata nabi rezki dari bisnes....la ni yang kutip hanya 1/10 (makan gaji)...jadi kalu campur 1/10 + 9/10 mak akan jadilah 10/10....ha!ha!....Mengikut sunnah nabi. janganlah kita hanya ikut sunah yang senang-senang je...tak de cabaran ..tak de umphh! kata orang....pakai janggut..pakai serban tapi yang lain ....Insyaalah bisnes dodol ni akan berkembang seluruh Malaysia...sesiapa yang hendak jadi agen boleh mohon.
Oh ya rasanya masih sempat lagi nak ucapkan Selamat bertunang kepada abang azlee walaupun agak dah terlewat.....
Dalam bulan ini ujuga (nov.) aishah akan mula periksa SPM....semua yang baca blog ini mohon doakan supaya aiyshah dapat menjawab dengan tepat semua soalan yang dikemukakan kelak...mudah baginya dan allah berkati segala usahanya.
hari raye haji dah hampir aiyshah tak balik...jadi dia akan raye di sekolah le.
ita akan balik sebelum deepavali dan akan balik ke penang semula pd 6 hb...mungkin nak anto...
Pedoman dan fahami maksud tersirat:
"Setiap orang yang berjaya mesti ada perasaan berani di dalam dirinya"
"Orang biasa boleh bertukar menjadi luar biasa dengan ilmu dan keberanian"
"Intan apabila digosok akan makin bersinar, begitu juga mata hati perlu digosok untuk memancarkan sinar".
"Untuk mendaki ke puncak memanglah susah"
"Takut gagal, takut mencuba atau hangat-hangat tahi ayam, tak berani pegang bara api hingga jadi arang...itulah masaalah anak-anak melayu".
"Ulat bulu Panjat durian, Susah dahulu senang kemudian..."
"Tak de duit jangan kuit"
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi
(Ulang # & * sampai habis)
Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
xde duit jangan kuit=)
ReplyDeletehehehe..
cam knai ja^^,