Salam semua,
Amin, Ita, ichah, ali, mak utih, pak utih, abang i...semua yg. membaca blog nih!..
Alhamdulilah doa ku dan doa semua telah di makbulkan tuhan.. Alhmadulilah abah dan ibu akan menjadi tetamu allah yang memang menjadi impian dan cita-cita setiap muslim dimuka bumi ini, nampaknya abah terpilih pada tahun ini berkat doa anak-anak abah. Untuk menjadi tetamu allah ini ini perlu suci zahir & bathin oleh yang demikian dikesempatan ini abah& ibu minta ampun dan maaf diatas segala kesilapan, terkasar bahasa atau apa-apa dosa yang dilakukan samada senghaja atau tidak senghaja. Buat abah dan ibu anak-anak abah bersih dari dosa terhadap abah dan ibu...
Untuk maklum jadual penerbangan abah adalah:
11.11.09 9rabu)
3.30pagi melapor diri diKelana jaya.
7.00 pagi dijangka berlepas ke Jedah.
Tempoh pemergian 40 hari.
Miqat di Qarnul manazil
Penerbangan balik:
Dari Madinah 20/12/2009
jam 5.00 pagi
Di jangka sampai di KLIA 21/12/2009 jam 12.30 malam.
Abah memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membawa ali dan Ita untuk menghantar abah..Wbp. doa dari anak abah adalah lebih utama.
Sepeningalan abah nanti jagalah diri baik-baik, jaga ahlak dengan atuk, sesama adik beradik..dan semua saudara mara..Jika ada apa-apa masalah rujuk kepada Pak chu ke Abang ai ke, pak Uda ke , Mak utih ke..Wbp semuanya insyaalah akan berjalan dengan baik.
Oh ini cuma nak maklumkan tambahan je sebab x dapat berjumpa (tak dapat leter) di bawah ni pesanan abah..
Jaga kebersihan rumah,
Sampah jangan disimpan,
Jaga keselamatan letrik...kalu nak keluar off..
Ikan beri makan..
Tingkap depan ditutup malam takut dimasuki kucing,
Juga tolong simpan Surat-surat abah di dalam satu bekas.
kepada ita kalu bawa kereta hati-hati ye..
kalu perlu nak servis kereta p ke worksyop depan syuen tu je..tak payah p jauh.
Sekali lagi abah mohon selamat jalan kepada ita, ichah, ali...abah pesan Belajar lah bersungguh sungguh..hanya dengan ilmu kita boleh berjaya.
Insyaalah abah dan ibu akan berdoa untuk anak-anak abah.
doakan abah supaya dipermudahkan beribadat di sana..dan abah bercita mendapat haji A++...(hj. mabrur).
Di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang i yang telah bersusah payah mengambil abah diipoh..begitu juga semua yang membantu..Juga kepada atuk yang banyak menolong..pak chu..makchu....yg. memudahkan perjalanan abah dan ibu..
Sekian..jumpa lagi..
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi
(Ulang # & * sampai habis)
Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
InsyaAllah Haji Mabrur.
ReplyDelete